jangan takut untuk bercakap

assalamualaikum wbt
salam muhibbah 1Malaysia.
perkiraan saya mudah, jika siap blog ni (alhamdulillah dah siap pun walaupun masih dalam pembangunan di sana sini), saya akan gunakannya sebaik mungkin sebagai wadah menyalurkan wacana saya sendiri.
Lalu saya tanyakan sahabat saya yang menguruskan proses pembangunan blog ini, boleh tak saya nak letakkan logo-logo kelab seperti BPN, AIDC dan Sidang BPA. Saya dah lama mengikuti link-link tersebut. Paling tentu, blog saudara Fauzan, Aziz dari Suksis USM dan Cik Wan, dan paling tentu juga saudara Syafiq Aziz. Saya selalu mengikuti komentar mereka.
Sahabat saya agak menegah..
"Jangan..awal lagi. Bina tapak dulu", katanya.
Saya hormati nasihat beliau. Tapi inilah perjuangan saya selama ini. Saya dah lama dalam perjuangan ini. Buat blog ni pun sebab nak tambahkan aura dalam ruh perjuangan saya ini. Saya nak bersama mereka dalam merancakkan perjuangan ini. Saya perlu turut serta, itu yang saya fikirkan. Tidak boleh menunggu walau sesaat jika hendak berjuang. Itu prinsip saya.
Alhamdulillah, saya dah pun muat turun logo-logo tersebut. Bagi saya penting sebagai salah satu identiti diri. Siapa saya? Tak perlulah siapa-siapa tahu. Cukuplah saya dan sahabat saya ini saja yang tahu. Suara saya lebih penting dari wajah saya. Insya-Allah.
Assalamualaikum wbt. Jazakallahu khairan jaza'..

catatan sulung

assalamualaikum..
Salam muhibbah 1Malaysia..
Alhamdulillah, impian saya untuk memiliki laman blog sendiri telah pun tercapai. Terima kasih buat sahabat saya yang bersabar mengajar saya itu ini tentang dunia media baru ini..insya-Allah akan saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Sebesar impian saya, sebesar itulah juga harapan saya dengan blog ini iaitu untuk berkongsi buah fikiran dalam segenap hal.
Jumpa lagi. Jazakallahu khairan jaza'...